Thursday, 29 September 2016

Sekejap-sekejap, Nisaa mengerling jam tangan Casio miliknya.“Eeh, dah pukul 11.30 nih. Lepas ni subjek Bahasa Melayu. Nasib baik Cikgu Yusoff tak masuk.Kalau tak, habislah aku, habislah Mia.”
Tiba-tiba hatinya berbisik perlahan. “Tak silap aku, time-time cenggini, cikgu Haikal…”
Baru disebut sudah muncul.!Pangeran hatinya sejak tingkatan 1.Bunyinya agak gila, tapi hakikatnya benar.
Cikgu Haikal.Cikgu yang menjadi kegilaan para pelajar wanita di sekolah itu.Bahkan cikgu-cikgu wanita yang masih bujang juga mengidamkannya.Mana tidaknya?Segalanya cukup.Segak?Sudah pasti.Bergaya?Memang tidak dinafi.
Sudahnya itu, baik dan caring pula orangnya. Senyumannya…? Boleh buat benih pokok yang baru ditanam terus tumbuh berbunga..! Ahaks..! Entah bagaimana Nisaa hendak menilai kesempurnaan yang dimiliki Cikgu Haikal. Tak terkata.!
-
“Err, Assalamualaikum cikgu.” Tegur Nisaa sopan.Pipinya mula kemerahan dek menahan malu yang teramat sangat.Tapi pandai dia sembunyikan perasaannya tika itu.Risau jika makhluk dihadapannya itu dapat mengetahui perasaannya yang telah lama dipendam itu.
Boleh sahaja dia mengendahkan Cikgu Haikal yang lalu di hadapannya tanpa memberikan salam. Tapi sudah menjadi ajaran pelajar-pelajar di sekolah itu untuk memberi salam kepada mana-mana cikgu sebagai tanda hormat akan mereka.
“Waalaikumussalam Nisaa..” Senyuman yang manis turut disertakan.
“Kamu buat apa dekat sini?Tak masuk kelas ke? Haaa… ponteng yer.. Ayok..Bagitau pengetua.”Acah Cikgu Haikal kebudak-budakan.
‘Oh… Oh my GOD..’ Hati Nisaa mula berdentam-dentum bak bunga api kemeriahan. ‘Perangai budak-budak macam ni la buat aku terpikat!Haish!’
“Eeh,, sesedap coklat jaa cikgu cakap saya ponteng. Mana ada.Saya student rajin kot.”Nisaa mengerling tajam.
“Tu haa. Si Mia anak murid cikgu tu..Ya Allah.Melabur tak habis-habis.Penat kot tunggu dia.”Sambung Nisaa dengan nada memerli.

“Yelatu.Kamu.? Tak nak melabur ke.?Setahu saya kamu kuat makan kuat berak. Makan berak makan berak.?” Soal Cikgu Haikal sambil tersenyum kecil.‘Ooooi malu’ bisik hati kecil Nisaa.Mukanya mula menjadi merah-kemerahan.
‘I kennot lah.Alahai. Mesti Cikgu Haikal dah mula label aku ni jenis yang tak ketahuan jenis yang tak senonoh. Malunya… Ermmm.’
“Wuish, wuish, wuish.. Borak apa tu? Dalam toilet pun dengar ok..”Seloroh Mia sambil menuruni anak tangga berhadapan toilet. “Perli saya ke sir..?”
‘Alhamdulillah, Mia penyelamat.Tu buat aku sayang. Aum! Haha.’Bisik hati kecil Nisaa tatkala Mia mula menggamit suasana yang kekok buat Nisaa sebentar tadi.
“Eh saya tak peril sesiapa pun. Nisaa yang kutuk kamu dari tadi..Saya tak bersalah ok. Tanya la Nisaa tu. Tak patut tak patut.Huhu. Saya minta diri dulu..”
Tuduhan tak semena-mena tepat mengena batang hidung Nisaa yang mancung.Cikgu Haikal lantas mengatur langkah ke kelas 2KA untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Dia masih sempat meninggalkan Nisaa dan Mia dengan senyuman yang manis.
Senyuman yang memang menjadi pujaan penghuni di sekolah itu. Tak sahlah kalau tak cair tengok Cikgu Haikal senyum.. Aummm!

Sunday, 18 September 2016

CINTA SUKAR DITAFSIRKAN

1




Nisaa!!!”Seloroh Mia entah dari mana.Belum sempat menjejakkan kakinya ke dalam kelas 1 Sains Sentosa, dia sudah memekik melalui tingkap kelas.Terpamer perasaannya yang tidak sabar-sabar untuk menyampaikan berita ‘HOTS’ kepada sahabat karibnya itu.
Nisaa yang sedang asyik membelek komik mempamerkan riak muka yang kebingungan. “Asal kau nih..?” Soal Nisaa bingung.
Entah apa yang sahabatnya mahukan di pagi-pagi persekolahan begini. Sudahlah terpekik telolong.Mahu marah pelajar di kelas sebelah.
Mia melangkah masuk dengan tergesa-gesa.Entah kerusi siapa yang diambilnya tanpa meminta izin. Peduli apa? Yang penting, berita yang perlu sahabatnya itu tahu.
“HOTS..”Jawab Mia sepatah.Sempat melemparkan ‘senyuman kambing’ ke arah sahabatnya itu.
Nisaa lagak tidak fokus. Diselaknya komik itu ke muka surat seterusnya. Kadang malas juga hendak melayan sikap si Mia itu. “Apa yang HOTS mek Ooii.?Kau kalau nak bagitau something, straight je la.Suka buang masa aku.”Nisaa memberi jelingan tajam ke arah Mia.Sebagai amaran untuk Mia supaya tidak main-main.
“Ok, ok aku serious nih. Kau jangan la nak cengir sangat.Takut aku tau.” Jujur Mia.
“Aku bukan nak takutkan kau.Tapi kau tu, suka sangat buat cerita tak habis. Pastu bagi aku curious la kononnye..”Jelas Nisaa dengan nada yang dibuat-buat.
“Yelah, yelah. Aku nak bagitau la nih. Ok dengar ek..”Mia mula membuka cerita.
-
Nisaa tersenyum sendiri. Masih segar kenangan yang dilaluinya dulu. Mana mungkin dia melupakan semua itu meskipun kini dia sudah 17 tahun.Masa berlalu, semakin hari semakin pantas.Tetapi kenangan?Tidak mudah dilupakan.
Pada waktu itulah dan kerana Mia yang kepoh itulah, Nisaa mampu mengenali jejaka pujaannya itu.Hampir 5 tahun Nisaa memendam rasa. Dia yakin , akan ada bahagia menantinya tidak lama lagi. Allah perancang terhebat!
Air kotak susu coklat yang dibeli di koperasi sekolah pada waktu rehat tadi dihirup perlahan-lahan. Penat juga menunggu si Mia yang masih berada di dalam tandas untuk ‘melabur’ dengan jayanya.
Mujur sahaja cuaca pada tengahari itu tidak begitu panas.Kalau tidak, mungkin sahaja kini Nisaa sudah bermandikan peluh dek menunggu sahabatnya itu.Sempat juga Nisaa merungut perlahan.