1
“Nisaa!!!”Seloroh Mia entah dari mana.Belum sempat menjejakkan kakinya
ke dalam kelas 1 Sains Sentosa, dia sudah memekik melalui tingkap kelas.Terpamer
perasaannya yang tidak sabar-sabar untuk menyampaikan berita ‘HOTS’ kepada
sahabat karibnya itu.
Nisaa yang sedang asyik
membelek komik mempamerkan riak muka yang kebingungan. “Asal kau nih..?” Soal
Nisaa bingung.
Entah apa yang sahabatnya
mahukan di pagi-pagi persekolahan begini. Sudahlah terpekik telolong.Mahu marah
pelajar di kelas sebelah.
Mia melangkah masuk
dengan tergesa-gesa.Entah kerusi siapa yang diambilnya tanpa meminta izin.
Peduli apa? Yang penting, berita yang perlu sahabatnya itu tahu.
“HOTS..”Jawab Mia
sepatah.Sempat melemparkan ‘senyuman kambing’ ke arah sahabatnya itu.
Nisaa lagak tidak fokus.
Diselaknya komik itu ke muka surat seterusnya. Kadang malas juga hendak melayan
sikap si Mia itu. “Apa yang HOTS mek Ooii.?Kau kalau nak bagitau something,
straight je la.Suka buang masa aku.”Nisaa memberi jelingan tajam ke arah
Mia.Sebagai amaran untuk Mia supaya tidak main-main.
“Ok, ok aku serious nih.
Kau jangan la nak cengir sangat.Takut aku tau.” Jujur Mia.
“Aku bukan nak takutkan
kau.Tapi kau tu, suka sangat buat cerita tak habis. Pastu bagi aku curious la
kononnye..”Jelas Nisaa dengan nada yang dibuat-buat.
“Yelah, yelah. Aku nak
bagitau la nih. Ok dengar ek..”Mia mula membuka cerita.
-
Nisaa tersenyum sendiri.
Masih segar kenangan yang dilaluinya dulu. Mana mungkin dia melupakan semua itu
meskipun kini dia sudah 17 tahun.Masa berlalu, semakin hari semakin
pantas.Tetapi kenangan?Tidak mudah dilupakan.
Pada waktu itulah dan
kerana Mia yang kepoh itulah, Nisaa mampu mengenali jejaka pujaannya itu.Hampir
5 tahun Nisaa memendam rasa. Dia yakin , akan ada bahagia menantinya tidak lama
lagi. Allah perancang terhebat!
Air kotak susu coklat
yang dibeli di koperasi sekolah pada waktu rehat tadi dihirup perlahan-lahan.
Penat juga menunggu si Mia yang masih berada di dalam tandas untuk ‘melabur’
dengan jayanya.
Mujur sahaja cuaca pada
tengahari itu tidak begitu panas.Kalau tidak, mungkin sahaja kini Nisaa sudah
bermandikan peluh dek menunggu sahabatnya itu.Sempat juga Nisaa merungut
perlahan.
No comments:
Post a Comment