Thursday, 29 September 2016

Sekejap-sekejap, Nisaa mengerling jam tangan Casio miliknya.“Eeh, dah pukul 11.30 nih. Lepas ni subjek Bahasa Melayu. Nasib baik Cikgu Yusoff tak masuk.Kalau tak, habislah aku, habislah Mia.”
Tiba-tiba hatinya berbisik perlahan. “Tak silap aku, time-time cenggini, cikgu Haikal…”
Baru disebut sudah muncul.!Pangeran hatinya sejak tingkatan 1.Bunyinya agak gila, tapi hakikatnya benar.
Cikgu Haikal.Cikgu yang menjadi kegilaan para pelajar wanita di sekolah itu.Bahkan cikgu-cikgu wanita yang masih bujang juga mengidamkannya.Mana tidaknya?Segalanya cukup.Segak?Sudah pasti.Bergaya?Memang tidak dinafi.
Sudahnya itu, baik dan caring pula orangnya. Senyumannya…? Boleh buat benih pokok yang baru ditanam terus tumbuh berbunga..! Ahaks..! Entah bagaimana Nisaa hendak menilai kesempurnaan yang dimiliki Cikgu Haikal. Tak terkata.!
-
“Err, Assalamualaikum cikgu.” Tegur Nisaa sopan.Pipinya mula kemerahan dek menahan malu yang teramat sangat.Tapi pandai dia sembunyikan perasaannya tika itu.Risau jika makhluk dihadapannya itu dapat mengetahui perasaannya yang telah lama dipendam itu.
Boleh sahaja dia mengendahkan Cikgu Haikal yang lalu di hadapannya tanpa memberikan salam. Tapi sudah menjadi ajaran pelajar-pelajar di sekolah itu untuk memberi salam kepada mana-mana cikgu sebagai tanda hormat akan mereka.
“Waalaikumussalam Nisaa..” Senyuman yang manis turut disertakan.
“Kamu buat apa dekat sini?Tak masuk kelas ke? Haaa… ponteng yer.. Ayok..Bagitau pengetua.”Acah Cikgu Haikal kebudak-budakan.
‘Oh… Oh my GOD..’ Hati Nisaa mula berdentam-dentum bak bunga api kemeriahan. ‘Perangai budak-budak macam ni la buat aku terpikat!Haish!’
“Eeh,, sesedap coklat jaa cikgu cakap saya ponteng. Mana ada.Saya student rajin kot.”Nisaa mengerling tajam.
“Tu haa. Si Mia anak murid cikgu tu..Ya Allah.Melabur tak habis-habis.Penat kot tunggu dia.”Sambung Nisaa dengan nada memerli.

“Yelatu.Kamu.? Tak nak melabur ke.?Setahu saya kamu kuat makan kuat berak. Makan berak makan berak.?” Soal Cikgu Haikal sambil tersenyum kecil.‘Ooooi malu’ bisik hati kecil Nisaa.Mukanya mula menjadi merah-kemerahan.
‘I kennot lah.Alahai. Mesti Cikgu Haikal dah mula label aku ni jenis yang tak ketahuan jenis yang tak senonoh. Malunya… Ermmm.’
“Wuish, wuish, wuish.. Borak apa tu? Dalam toilet pun dengar ok..”Seloroh Mia sambil menuruni anak tangga berhadapan toilet. “Perli saya ke sir..?”
‘Alhamdulillah, Mia penyelamat.Tu buat aku sayang. Aum! Haha.’Bisik hati kecil Nisaa tatkala Mia mula menggamit suasana yang kekok buat Nisaa sebentar tadi.
“Eh saya tak peril sesiapa pun. Nisaa yang kutuk kamu dari tadi..Saya tak bersalah ok. Tanya la Nisaa tu. Tak patut tak patut.Huhu. Saya minta diri dulu..”
Tuduhan tak semena-mena tepat mengena batang hidung Nisaa yang mancung.Cikgu Haikal lantas mengatur langkah ke kelas 2KA untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Dia masih sempat meninggalkan Nisaa dan Mia dengan senyuman yang manis.
Senyuman yang memang menjadi pujaan penghuni di sekolah itu. Tak sahlah kalau tak cair tengok Cikgu Haikal senyum.. Aummm!

No comments:

Post a Comment