Monday, 10 October 2016

2




Usai mengerjakan Solat Maghrib, kain telekung yang dihadiahkan oleh Encik Razali sempena hari kelahiran Nisaa yang ke-15, dilipat kemas.Nisaa mengatur langkah menuju ke meja solek yang hanya dipenuhi produk keluaran Syurah.Pernah Nisaa berangan-angan untuk menggantikan pelakon terkenal Intan Lydiana sebagai duta. Ahaks!
Rambutnya yang panjang dan ikal mayang disisir kemas. Sudah berkali-kali dan hampir sahaja Tuan Razali jemu untuk menyuruh satu-satu anak perempuannya itu ke kedai rambut berdekatan rumah supaya memendekkan rambutnya yang sudah seakan hantu jadian di kaca televisyen, tetapi Nisaa hanya mengendahkan suruhan ayahnya itu dek kerana dia sayang benar akan rambutnya yang tidak cepat tumbuh itu.
Nisaa lantas menggapai telefon pintar iPhone 4S miliknya.Rutin harian.‘Bukan Nisaa la kalau tidak pernah pegang telefon’ bisik hati kecil Nisaa sendiri.
Nisaa memasukkan kata kunci yang telah ditetapkan untuk memastikan telefonnya tidak diperosek oleh rakan-rakannya yang kaki geledah.Aplikasi Whatsapp dibuka.
-
“Ye Umi.Abang tau.Hana awal-awal dah mesej abang.Bukan mesej je tau?Call ,Whatsapp, Telegram, Facebook and so on semua dia bagitau benda yang sama je Umi.” Bual Haikal dengan suatu suara di sebalik telefon pintar iPhone 6 miliknya.
“Ye Umi tau, tapi abang suka lupa.Ni benda penting tau?Adik kamu dah nak berlaki.Kamu tu abang sulung.Jangan tak datang pula.Buatnya sedih adik kamu tu haa.Hanif pun balik bawa tunang dia. Kamu tu tak banyak komitmen.Jangan beralasan pulak.Minta la cuti dua tiga hari. Bukan susah pun. Kamu kan tak pernah cuti sebelum ni. Minta cuti CRK (Cuti Rehat Khas) ok.?” Bicara Puan Zainab melebar.
“Ok Umi. Minggu depan abang terus jumpa pihak pentadbiran sekolah ok.?Umi jangan risau.Abang mesti balik punya.Buat pula adik abang kahwin.Takkan la abang tergamak tak balik.Bagitau Hana jangan nak mengade sangat. Dah nak jadi bini orang tu. Perangai bagi matured sikit.” Pesan Haikal dalam ketegasan.
Abang sulung kena tegas ok!
Dia kenal benar dengan sikap adik perempuannya yang seorang ini.Manja tak bertempat.Selalu nak Umi ada dengan dia. Dah berlaki nanti takkan nak duduk bawah ketiak Umi lagi?Dah 28 tahun ok.
‘Aku yang dah 30 tahun ni maintain je life single tak de hal pun.’ Bebel Haikal di dalam hati.

“Yee ok nanti Umi sampaikan pesan kamu tu. Haa ni satu hal lagi. Adik perempuan dah nak berlaki.Adik lelaki dah bertunang.Abangnya.?Mana calon? Umi dah penat tau orang kampung tanya. Dah bernanah telinga Umi nak backup kamu Haikal.”

No comments:

Post a Comment